BG

AcuRoseDay

Sunday, November 27, 2011

Monday, November 21, 2011

Jatuh Bangun dunia Perniagaan ku.....

i Wanna talk about this tajuk....utk sedia maklum ada beberapa perniagaan yang cuba saya bangunkan contohnya Mini Cyber, Handbag seller online, buat Kad Jemputan Kawhin dan Outdoor gift...tapi dalam beberapa jenis perniagaan yang saya ceburi ni cuma satu bertahan lama iaitu Mini Cyber...oleh kerana mini cyber ni di asaskan mula² oleh my father yg kebetulan masa tu my mom baru meninggal dan bekas mini perpustakaan dan kedai jahitan my mom dulu kami rombak menjadi cyber. Memandangkan my husband masa tu jadi boyfriend sb blum married lagi pakar psl computer² ni so my father sarankan buat mini cyber atas nama bisnes family...so rasmila cyber dlm tahun 2006....so cyber tetap berdiri teguh cuma saya saja yg tak berminat atas penjagaan cyber...dan dari saat ke minit dan hari dan bulan saya semakin BOROS....
Selama bertahun² barula saya sedar yg JIWA saya TIDAK MASUK dlm bisnes tue...sb saya tak minat....tapi tak tau mau buat apa demi keluarga punya terpaksa saya pertahan kan juga....


begitu juga bisnes Handbag dan kad jemputan...hangat² tahi ayam saja org bilang...semangat tu datang sekejap saja....kesian my father dia yang susah² bagi saya model untuk berniaga...tapi segala usaha saya sekadar melepas batuk di tangga....kesian dgn diri sendiri sb masih x matang dalam pengurusan perniagaan walaupun niat dalam hati teringin sangat mahu jadi usahawan.....inilah kisah saya yang sering gagal dan kecundang dalam bisnes..bukan sebab tdk usaha tapi kerana sifat ingin mencuba yg sederhana dan tiada inspire dan desire dalam pengurusan sesuatu bisnes....Amat kecewa dgn diri masa tu sebab buang bnyk masa dan banyak duit last² hasilnya langsung tiada apa²....


So, dgn itu saya mula berjinak² dengan buku motivasi diri bermula dgn kedatangan saya kerumah sis in law di Tawau. Semasa berada di rumah my sis in law, tetiba mata tergerak melihat satu buku kaler pink putih yg bertajuk PETUNJUK JALAN KEKAYAAN...director by Chef Li atau DR.Rusly......slps membaca helaian demi helaian that book hati makin suka dan tertarik dgn kata² rangsangan dan berwawasan...makin di belek makin bnyk ilmu yang saya dapat dlm setiap helaian...1 hari 1malam saja saya dah abis baca...dan banyak kesimpulan yang saya dapat daripada bacaan saya....amat berterima kasih dengan buku tersebut kerana betul² menarik perhatian saya dan merangsang jiwa saya untuk BERNIAGA dengan pelbagai saranan dr Chef Li tersebut......


Tidak habis di situ balik Ke KK saya terus mengatur perancangan demi perancangan (step by step) bisnes apa yang saya mahu ceburi...fikiran saya berjalan mencari apa bisnes yang begitu sesuai dengan saya...kerana dlm buku Chef li tuh saya terjumpa satu kesimpulan tentang kehidupan bisnes saya sendiri iaitu Cyber kenapa tidak maju???? semua oleh kerana saya TIADA JIWA dalam bisnes tu...sekiranya tiada minat diri kita pun lemah longlai mengurus sesuatu bisnes...IYA...Begitula Saya..!!!! so saya kena cari apakah yang sesuai dgn jiwa saya..bisnes apa yang saya boleh jual dan handle dengan hati yang minat dan burn desire (kata chef li)....


Beberapa Koleksi Buku Dr Chef Li

Pada mulanya saya berkeinginan membuka Salon Kecantikan....sudah plan sebenarnya...tapi tak tau bila dan kenapa tetiba hati tergerak ke arah lain minat yang lain...pada asalnya memang aim buka salon kecantikan tapi everything is disapear begitu saja dan timbul mula minat pada Cupcakes, Cakes dan tentang Bakery..Mybe Tuhan suda bagi saya Petunjuk Jalan Kekayaan sebab suddenly hati minat kearah lain.. So saya pun sebagai hamba yang lemah dan tidak cukup pengalaman ikthiar cari satu peluang untuk CUBA BELAJAR cara² buat Cupcake...sbg cubaan pertama saya sendiri mahu lihat bagaimana pencapaian dan hati saya sendiri thdp kursus tersebut..sekiranya hati rasa berkobar² mahu teruskan itu maknanya di sana la MiNAT saya yang sebenar..Than finally...here i am..masih seorang insan yg ZERO tapi hati membara mahu bersunguh² belajar apa jua masakan yg saya rasa boleh di jual.


P/S => sorry tatabahasa BM hancur....1st time mengarang cerita sejak habis SPM hahaha....;)

Sunday, November 20, 2011

                                           (gambar sekadar hiasan sahaja)

Percubaan demi percubaan membuat apam polkadot....Masih belum jadi² jugak.tapi oleh kerana minat dan tekun mencuba akhirnya ku gagahi jugak buat beberapa kali Apam Polokadot..malam ni malam kedua cuba buat apam...harap² menjadi...hiksss.....

Sebelum nie pernah try buat apam beras polkadot tapi sama juga x menjadi..ehh apalah nasib..hehe...tapi me tak kan patah semangat dan terus bangkit buat percubaan demi percubaan....im in to it...desire dlm buat bake jenis cupcake nie makin lama makin membara :) syukuralhamdulilah...dah sampai seru Tuhan bagi me jalan....jadi x kan sia² kan peluang yang ada....